Saturday, April 4, 2009



Assalamualaikum wbt,

Segala puji bagi Tuhan yang memberikan kita peluang utk membaca artikel. [Ya, teruskan membaca ya.;)]Mungkin sebilangan kita sering berkata bahawa kita mengasihi Rasulullah, kita menyanjungi peribadi baginda malah bagindalah yang menjadi role model kita pada hari ini. Namun setakat manakah kata itu dikota dan setakat manakah apa yg diucap itu dijadikan bekalan, bukan pekasam atau sekadar angan-angan; hanya kita dan Dia yang lebih mengetahui.Tatkala majlis maulidur rasul dijadikan suatu sambutan tahunan apabila menjelang saja 12 Rabiulawwal 14**H, kita perhatikan banyak yang biasa masyarakat kita anjurkan sebagai tanda kecintaan kepada baginda Nabi. Ini termasuklah aktiviti marhaban, syarahan dan tak ditinggalkan acara makan-makan. Seandainya kita berhenti sejenak dan berfikir sejauh manakah aktiviti-aktiviti ini berjaya memberi kesan dalam menyentuh hati masyarakat Islam tentang junjungan besar Nabi s.a.w., jawapannya wallahu'alam. Tanpa memandang rendah kepada usaha setiap pihak mengadakan pelbagai jenis aktiviti seperti yang telah dinyatakan, saya ingin menyeru diri sendiri terutamanya termasuklah sahabat2 sekalian utk sama2 kita tambahkan tauladan kepada senarai marhaban, syarahan dan makan-makan tersebut. Mari kita juga sama2 fikirkan tauladan apakah yang telah kita sebatikan dalam diri kita selama ini, jika ada. Jika belum, insyaAllah belum terlambat utk sama2 kita usahakan. Contohilah akhlak nabi kerana akhlak baginda, akhlak terpuji sebagaimana disebut dalam al-Hadith;
“Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia” (HR.Malik)
Sebelum mengakhiri email ini di sini ingin saya kongsikan satu pesan Rasulullah s.a.w. kepada umatnya berkenaan 7 golongan yang akan mendapat naungan di akhirat nanti. Semoga hendaknya kita tergolong dalam salah seorang yang bertuah itu, ameen Ya Rabb! Salam Maulidur Rasul.7 Golongan Yang Mendapat Naungan AllahRasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: - Imam (pemimpin) yang adil, - Pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, - Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, - Dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, - Seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, "Aku takut kepada Allah", - Seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, - Seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.” (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment