Tuesday, September 29, 2009


"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani"

Allhamdulillah, pembuka bicara..rasa syukur yg tak terhingga pada Allah, Satu-satunya Tuhan, Tiada Tuhan melainkan Allah....Dah lama rasa nye tak menulis blog..maklumlah sibuk untuk menyesuaikan diri dengan keadaan dan tempat baru..Manipal,India, bakal mengajar diriku erti berdikari yang sebenarnya..tempat yang bukan sahaja akan menambahkan ilmu medic ku tapi jugak ilmu berkaitan dengan hidup..bagaimana untuk menjadikan hidup ini lebih bererti...Kehidupan di sini benar2 membuatkan aku terpaksa membuka minda dan berani mengambil keputusan sendiri tanpa pergantungan daripada mak dan ayah.........Terasa beban itu berat, banyak yg perlu diselesaikan..merasakan diri ini terlalu kerdil dan lemah..Manusia mmg begitu, bila berhadapan dgn kemewahan dan kesenangan..merasakan diri ini hebat tanpa perlu pertolongan daripada orang lain( terutamanya dari Allah..)Bila dilanda musibah, baru sibuk mencari Allah dan rakan2 sekeliling..
Ya Allah, kuatkanlah imanku, tetapkanlah imanku, peliharalah imanku, jauhkan lah imanku daripada segala maksiat, kekotoran, kejahatan, sifat2 mazmumah dan perkara2 yg boleh menjauhkan hati ini daripada Mu Ya Allah..Berilah kekuatan kepadaku untuk mengharungi segala dugaan ini..moga segala ujian dan dugaan yg Kau berikan mampu membuatkan aku semakin dekat di sisiMu...Amin
Ikhlas di perantauan..................

No comments:

Post a Comment