Saturday, September 5, 2009


"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani"

Travelog seorang Da’i
Penulis : Abdul Rahman Mohamed
Ringkasan:

Buku ini memaparkan kisah benar liku-liku perjalanan seorang pendakwah guna mencari kekuatan sebagai bekal dalam perjuangan.
Setiap makhluk yang dicipta oleh Allah SWT akan menjalani kehidupan di dunia sebagai makhluk yang diuji. Firman Allah:
“Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian yang lainbeberapa darjat, kerana Dia hendak menguji kamu tentang apa yang dikurnikanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azb seksaanNya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (al-An’am:165)
Perjalanan untuk menjadi seorang da’i sangat mencabar dan penuh dengan rintangan. Di sini diringkaskan kretiria-kretiria, pengalaman-pengalaman atau ibrah-ibrah yang boleh dijadikan panduan untuk menjadi seorang da’i. Wallahu’alam...
1. Jangan takut menyampaikan kebenaran. Apabila ramai yang datang untuk belajar denganmu dan mereka suka kepadamu, ketahuilah ketika itu kamu sebenarnya tidak menyampaikan kebenaran sebaliknya kamu menyampaikan apa yang disukai orang ramai. Sedangkan Allah berfirman : “Kebanyakkan manusia tidak suka kepada kebenaran dan apabila hanya sedikit yang datang kepadaMu, jangan engkau berputus asa kerana kebenaran disegani sedikit orang.

2. Kesusahan hidup bukan hukuman, sebaliknya ia adalah ujian untuk mendapatkan yang terbaik. Firman Allah: “Sesungguhnya beserta kesusahan itu ada kesenangan”

3. Tiada orang yang hidup tanpa masalah dan tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Segala masalah datangnya daripada Allah, dan dengan melakukan perkara-perkara yang disukaiNya sahaja yang boleh menyebakan Dia melepaskan kita daripada segala masalah.

4. Tabah, cekal dan bersatu hati amat perlu dalam menjalani hidup ini. Sikap mementingkan diri sendiri harus dicegah dan semangat memikirkan keselamatan umum harus diutamakan.

5. Berjayanya sesuatu adalah kerana rahmat dari Allah.

6. Ilmu adalah tunggak utama dalam sesuatu perkara. Tanpa ilmu, ia akan mudah mengundang kemurkaan Allah.

7. Kenanglah jasa gurumu, terutamannya mereka yang telah mengenalkan kamu kepada jalan Allah.

8. Kita perlulah mempunyat semangat untuk menyebarkan ilmu yang ada di dada. Sabda Rasulullah SAW : “Sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat”

9. Hanya orang yang telah melalui proses pembelajaran ilmu yang bersistem dan teruji sahaja yang layak untuk mengajar.

10. Ikhlaskan hatimu. Jangan sesekali menjadikan medan dakwah sebagai medan untuk menunjuk pandai, tetapi sebenarnya tidaklah sepandai manapun. Takutlah akan kerosakan yang timbul akibat daripada kejahilan kita.

11. Semakin dekat dengan hari kiamat, yang hak akan dipandang batil dan yang batil akan dipandang hak. Begitulah fitnah akhir zaman, sebagaimana sabda Rasulullah SAW : “Para ketua yang jahil, apabila ditanya mereka akan menjawab dengan kejahilan, mereka adalah orang yang sesat dan menyesatkan”.

12. Semua kesusahan dan kesulitan dimudahkan oleh Allah. Benarlah apa yang dikatakan olehNya : “Jika kamu membantu agama Allah, Dia akan membantu kamu”.

13. Doa merupakan senjata kejayaan seorang mukmin dan betapa perlunyaseseorang itu kepada doa. Doa dirinya sendiri dan doa orang lain untuknya. Nabi kita SAW menggalakkan umatnya sentiasa memberi salam kerana salam merupakan doa seorang kepada seorang yang lain.

14. Jadilah hamba yang bersyukur. Firman Allah : “Jika kamu bersyukur kepada Ku nescaya akan Aku tambah nikmat Ku kepada kamu”.

15. Kita harus meyakini bahawa setiap kebaikan datangnya dari Allah, yang tidak baik juga datangnya daripada Allah dan setiap yang ditentukan oleh Allah itu ada hikmahnya.

16. Allah sangat sayang kepada hambaNya yang tidak lupa kepadaNya.

17. Masalah yang datang kepada kita adalah sebagai salah satu cara Allah ingin menguji sejauh mana iman kita kepadaNya. Sedangkan Malaikat Jibril yang merupakan penghulu bagi semua malaikat menangis kerana takut diuji oleh Allah seperti dua Malaikat Harut dan Marut yang gagal apabila diuji dengan wanita, apatah lagi insan yang lemah seperti kita.

18. Inilah realiti masyarakat hari ini, yang baik dipandang buruk, manakala yang buruk dipandang mulia.

19. Binalah thiqah dan kesepaduan bagi mewujudkan semangat saling tolong-menolong, memperbaiki dan menguatkan antara satu sama lain. Sebagaimana firman Allah : “Dan berpegang teguhlah dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah”

20. Perlantikan kit asebagai da’i adalah amanah dari Allah yang akan disoal kelak. Sebagaimana yang dikhabarkan oleh Imam Syafi’e : ”Perkara yang paling berat adalah amanah dan perkara yang paling ringan adalah meninggalkan solat”.

21. Hargailah usaha setiap orang. Jangan lupa kebaikan dan kejayaan seseorang. Jangan jadikan keburukan dan kegagalan sahaja sebagai ukuran. Jangan lupa anda juga manusia biasa yang mempunyai sifat buruk dan kelemahan.

22. Konsep perkembangan dakwah Islamiah harus dilihat secara menyeluruh. Kita bekerja dengan Allah bukannya dengan manusia.

23. Kedudukan kita sebagai seorang da’i menuntut kita bertanggungjawab untuk menegur sesiapa sahaja yang menyimpang daripada landasan Illahi. Itulah amanah yang paling berat untuk dipikul. Sebagaimana hadith Rasulullah SAW : “Sebaik-baik jihad ialah kalimah hak (benar) yang disampaikan kepada pemimpin yang zalim”.

24. Jangan kamu menjadi bagaikan lilin yang menerangi sekeliling tetapi diri sendiri terbakar. Jangan hanya sibuk membuat kegiatan ketakwaan untuk orang lain, sedangkan kamu sendiri tidak pernah menghadirinya. Firman Allah SWT : “Apakah kamu mahu mengajak orang melakukan kebaikan sedangkan kamu lupa diri kamu sendiri?”. Jadikanlah diri kamu contoh terbaik kerana jemaah sentiasa memerhatikan gerak-geri kita.

25. Firman Allah : “Jangan kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya tidak akan berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang fasik”.

26. Yakinlah pada janji Allah, “Sesiapa bertakwa kepada Allah, Dia akan sediakan jalan-jalan keluar bagi masalahnya dan memberikan rezeki daripada sumber-sumber yang dia tidak pernah menjangkakan”.

27. Firman Allah : “Wahai orang yang beriman, apabila datang kepadamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka hendaklah kamu memeriksa terlebih dahulu, agar kamu tidak menghukum sesuatu kaum dengan kejahilan dan akhirnya dengan tindakan melulu kamu, kamu menyesal”.

28. Mempertahankan maruah dan kebenaran adalah jihad, walaupun terpaksa berjuang sendirian. Berkata Imam Ghazali : “Sabar itu tiga kali, kali keempat bukan dinamakan sabar tetapi pengecut”.

29. Yakinlah dengan keberkatan Illahi. Jika kamu membantu saudaramu yang susah, Allah akan meringankan bebanmu di dunia dan di akhirat.

Petua kejayaan :
• Berusaha bersungguh-sungguh.
• Kumpulkan nota-nota setiap mata pelajaran untuk dibaca berulang-ulang.
• Setiap kali berhasil memahami sesuatu, kita haruslah bersyukur kepada Allah dengan menyatakan : “Ya Allah, aku berterima kasih kepadaMu kerana memberi kefahaman kepadaku. Tambahkanlah lagi kefahaman ku dan jadikanlah ilmu yang aku pelajari ini bermanfaat”.
• Setiap kali solat atau berada di tempat dan masa yang mustajab untuk berdoa, maka berdoalah meminta kejayaan yang cemerlang.
Rasulullah SAW menasihatkan umat Islam agar mencontohi resmi lebah. Tiga sifat mulia yang dimiliki oleh lebah ialah:
 Di mana sahaja ia hinggap, ia tidak akan merosakkan tempat tersebut. Meskipun makanan (madu) diambil daripada bunga, namun bunga dan dahan tidak pula dirosakkan.
 Lebah hanya mengambil dan mengeluarkan yang baik sahaja. Makanannya ialah pati bunga (madu) yang dipilih dan dikeluarkan untuk kegunaan. Madu ialah makanan yang sangat tinggi khasiatnya.
 Lebah tidak mengganggu haiwan atau makhluk lain. Apabila diganggu, lebah akan menuntut maruah dirinya. Walaupun haiwan atau makhluk yang mengganggunya terjun ke dalam air, lebah tetap menanti di atasnya.

No comments:

Post a Comment