Monday, August 24, 2009

6 perkara yang Allah sembunyikan..


"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani"

........ :) selamat membaca ~

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu
Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada
aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada
Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.
"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang
bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku
seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang
nabi yang mulia yang paling aku cintai,
namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa,
sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar
sahaja, dan
mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang
bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan
ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu
itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu
mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan
kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga
Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.
Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as
dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua
sayapnya dia boleh men empuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah
malaikat
jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya
dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud
kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau
sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu
dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan
kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti
yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh
dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap
imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah
S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam
Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat
(yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam
semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani"

Syukur alhamdulillah, akhirnya tamatlah perjuangaku di International Education Centre (INTEC). Tepat pada tanggal 19 Julai 2009, aku menjadi seorang graduate di INTEC. Hahaha..rasa macam dah melangkah ke alam dewasa!! Tapi, berakhir di INTEC bukan bermakna tamatnya perjuangan ku sebagai seorang pelajar, tp perjalanan yg sebenar baru nk start !!!. Bak kata pakcik spiderman “semakin dewasa kita, semakin besar tanggungjawab kita”. Hermm, bercakap pasal tanggungjawab, aku teringat pada kata-kata Imam Ghazali; “Yang ringan itu meninggalkan solat, yang berat itu amanah”.
Amanah=tanggungjawab. Satu perkara yg mudah diungkap tetapi susah dan jarang sekali ada orang yang benar-benar dapat menjalankan amanahnya..(err, termasuklah aku sekali). So, sama-samalah kite renungkan...

Monday, June 8, 2009

Alhamdulillah

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani"

Assalamualaikum, hermm lama tak singgah kt blog ni. Almaklum lah tgh sibuk dok exam final A-Level. Huhuhu, Alhamdulillah, stakat ni dah habis 14 papers berjaya dijawab, Alhamdulillah semuanya bias dijawab denan tenang. Maha Suci Allah yg mengurniakan ketenangan kepada hamba-hambaNya....(tp tak sure la yang dijawab tu betul ke tidak! Haha3x). Herm, tak pelah, yg penting perjuangan harus diteruskan hinggan ke titisan darah yg terakhir (err, walaupun tak guna parang dan senapang tapi still ada darah gak ke?!!). Looking Forward..

Oklah, nak dijadikan cerite, hari khamis malam jumaat yg lepas, (4 Jun) kira-kira pukul 8.00mlm, tiba-tiba handset berbunyi menandakn mesej masuk (Seha yg antar).

#salam, ummu, ko nk gi tak ceramah utz Redha?#
#tak tau lg la.. Ko gi ke?sape lg yg gi?#
#nurus ngan kite. Jom la#
#ok, lah. Nnt lepas isyak kite dtg umah ko#.....

Sebenarnya(erk, macam tajuk lagu Yuna plak) hati ni berbelah bagi sbb esok nyer ada exam C1 and C2(exam math la...), tak tau samada nk gi ke tak nak!! Tapi setelah dipikir2 kan, dan hati ni cuba mencari hikmah disebaliknyer, akhirnyer berjaya jugak kaki ni melangkah ke surau cemara (tp sblm tu singgah maidin jap ngan juju, beli ubat nyamuk. Sekarang ni musim nyamuk melanda kolej Akasia, tp tak tau la kt kolej cemara mcm mana...tp hari tu Nampak Jeya beli ubat nyamuk!!!Huhuuu).

Sebenarnya, ana tertarik ngan tajuk ceramah malam tu (nampak tajuk kt poster yg ditampal pada mesin air gedegang). Tajuk nyer “17 kali Allah”!!Huh, hebat bukan!!! Tajuknyer saja dh membuatkan orang tertarik. Erm, ada apa dengan Allah? Ngapa 17 kali? Sifat2 Allah ke? (tp sifat2 Allah ada 99). Herm, pening dibuatnyer (makanlah paracetamol..).
Rupa2 nyer, 17 kali Allah merujuk kepada Surah al-Fatihah yg kite dok baca 17kali dalam solat (maksudnyer jumlah bagi setiap rakaat dari solat Subuh sampailah solat Isyak). Utz Redha nk menyampaikan tafsir Surah al-Fatihah, tp ayat yg kedua je, iaitu “Alhamdulillah hi Rabbil ‘alamin”. Maksudnyer, ‘Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam’...

Kadang-kadang, bila kite melihat org buta yg hebat bermain piano ke, atau orang IQ nyer tinggi sampai tahap 156 atau apa2 saje yg diluar kebiasaan manusia lain, sering kali reaksi kita adalah, WOW!! AAA!!DAHSYAT GILERR!! dll. Rasa kagum yg hebat!! Betul tak? (betul2). Tp jarang sekali kita terkesan atau merasa kagum dengan ayat2 Surah Ummul Kitab ni... Bila Allah menceritakan betapa hebatnyer ciptaan Dia, gunung-ganang, lautan, haiwan2 dan tak lain tak bukan diri kita sendiri. Sering kali kita lupa kepada Pencipta kita. Jarang sekali kita nk bersyukur dengan Allah, nk ucapkan ‘Alhamdulillah’ pun susah sgt. Patutlah dlm Quran Allah banyak nyatakan hanya sedikit shj golongan yg bersyukur!!!(QS al-Mulk 67:23)

Nauzubillah, teruknyer kita ni kan! Merasakan diri ni terlalu hebat, sampai perintah Allah pun sanggup kita langgar, apa yg Dia suruh kita tak buat, apa yg Dia larang itulah yg kita dok sibuk nk kejar!! Sedangkan kita ni tak punya apa2 pn, dan kalo kita tak ikut perintah Allah pon, Allah langsung tak rugi apa2. Tapi, wahai sahabat2 sekalian, yg ruginya adalah KITA sendiri!

Allah dah mengingatkan kita dalam QS al-Mukminun 23:84-89.(jgn lupa semak tau!!) . Tapi MENGAPA KITA MASIH TERTIPU DENGAN DUNIA???. TERTIPU atau SENGAJA MEMBUATKAN DIRI KITA TERTIPU??!!!.

Ingat lah kita ni cuma seorang manusia yg bergelar HAMBA yg lemah lagi hina. Tidak perlulah merasa bongkak dan sombong dengan kesenangan, kehebatan, kekayaan dan apa jua yg kita miliki termasuklah family yg tersayang. Kerana semua itu bukan milik kita tetapi milik Allah!! Bila2 masa je Dia blh ambik balik hak Nya..Jadi, bila merasakan diri tu, hamba, maka berkhidmatlah mcm seorang hamba. Tp bukan hamba kepada manusia, HAMBA KEPADA ALLAH. Macam, yg ana katakan td, Allah takkan rugi sesen pn kalo kita tak ikut perintahNya. Tapi, mengapa Allah begitu BERKENAN UNTUK MEMPEDULIKAN HAMBANYA NI??? Tak lain tak bukan sbb ALLAH SAYANGKAN KITA!! Ya, Allah sayangkan kita.

Walaupun kita tak ikut perintahNya, Dia still lagi bagi kita hirup udaraNya, merasakan sinar mentariNya, dapat minum airNya dll segala yg kita alami ni adalah belas kasihan dari Allah. Tidakkah malu kita pada Allah???... Tepuk dada tanyalah Iman kerana hanya dengan iman, kita bisa memahami semua ini...

Mulai hari ni, jadilah HAMBA YG BANYAK BERSYUKUR!!! Allahualam...(Thanks a lot Utz Redha for the talk that makes me realise who I am!! That’s the greatest present from you and I will keep it as one of the best memories in INTEC!!)

Wednesday, April 29, 2009

Karya ku....




Salam, ini adalah karya ana yg ana buat masa cuti sem3 dulu. Seronok bila dpt hasilkan sst terutamanya yg kita sendiri minat!!!(Huhuhuhu..)Komik ni ana taruk kt laman web-www.paksi.net- layarilah laman web ni. Blh dpt bnyak ilmu...

Allah love semua...


Boikot, boikot!!!!!!!!!!!!!!


"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani"

Ada yg memandang sinis usaha memboikot produk yg ada kaitannya dengan Zionis (ceh, apalah, buat apa nk boikot!! Nnt bukan musuh yg susah, tp anak bangsa kita yg merempat!!). Apa tidaknya, memboikot barangan Amerika samalah menutup mata pencarian para pekerja Islam yg bekerja dengan syarikat2 berkenaan (Hermm, betul gak kan?? Amerika tak sakit, kita yg tersepit!!). Ada jugak suara sinis yg memandang enteng jerit pekik (Haaaaaaaaaaaaaa!!), maki hamun dan teriak semangat demostrasi yg menentang Yahudi. Persis anjing menyalak bukit ! (anjing menyalak kt bukit ke??) Tel Aviv dan Washington bukannya bergegar pun dengan luapan kemarahan jutaan umat Islam di seluruh dunia....Itulah antara luahan2 manusia yg berfikiran sempit (sempit ke semput??!!).
Entahlah, namun, itulah sahaja tindakan yg dpt difikirkan dan dilaksanakan demi melahirkan kebencian dan kemarahan. Persoalannya, bukan soal berkesan atau tidak, tetapi apa yg mampu kita buat utk melahirkan simpati dan empati kita terhadap umat Islam Palestin. Pokoknya mesti ada tindakan (action speaks louder than words..cewah!!!).
Sebenarnya, Yahudi mesti dibenci dan ditentang mengikut cara yang sangat dibenci dan memudaratkan mereka. (Ermm, guna cara yg menyakitkan hati mereka lah ni?) Ya-Ha, tepat sekali! (Tapi apa die??Taruk garam kt hati depa ke??) Ishk, ishk.. Bukan macam tu (tp boleh gak, kalo berani laaa). Senang je, mari kita sama-sama renungkan firman Allah SWT (yahoo, time to open al-Kitab..Mari semak sama-sama..) “Sekali-kali Yahudi dan Nasrani itu tidak akan reda selagi kamu tidak mengikut agama (cara hidup) mereka” (QS al-Baqarah2:120).
Aha!! Itulah caranya!!Itulah rahsia “hati perut” yg dibongkar oleh Allah sendiri (Subhanallah). (Mana?? Tak nampak pun kaitannya??). Herm, sekiranya umat Islam berjaya mengamalkan cara hidup Islam dan membuang cara hidup Yahudi, itulah sikap yang paling MENYAKITKAN hati mereka!!!.
Tegasnya, dengan mengamalkan sepenuhnya cara hidup bersyariat, itulah “demostrasi” yang paling menyakitkan zionis (Hahahahahaha). Dan usaha “memboikot” cara hidup Yahudi- budaya hendonisme (berseronok-seronok dengan hiburan yg melampau), pendedahan aurat, pergaulan bebas, arak, pengamalan riba, dadah dll perkara yang haram, maka itulah kaedah yg paling ditakuti oleh Yahudi.
Marilah kita semarakkan cara hidup Islam sepenuh dan seluruhnya.. Ayuh, para syabab..!!!!!

Monday, April 27, 2009

Ukhuwah itu INDAHhhhhhh....





"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani"

Assalamualaikum...Ermm hari ni ana nk berkongsi pasal "Ukhuwah", tajuk terakhir yg ana berikan pada anak usrah ana.(Terakhir bukan bererti penamat, just break sebentar sbb nk exam A-level!!!!Haaaah, takut nyer...) Okey, okey...berbalik pada kisah td..ermmm, "ukhuwah", apa tu "ukhuwah"???(err, ana pun tak tau mcm mana nk jelaskan dlm btk perkataan, sebab ia hanya dpt ditafsirkan dalam bntk perbuatan!!!!) Hahaha, tak pe, maksud ukhuwah tu lebih kurang macam ni lah. Ukhuwah ialah hubungan sesama manusia yang didasari dgn dasar keimanan!!!(Apa? iman??? betul ke?)Yap, tepat sekali.. Hubungan yg didasari dengan IMAN, kerana itulah asas ukhuwah!!!(Percaya, tak?). Mari kita tengok hadith drp Rasulullah SAW.."Tidak sempurna IMAN seseorang itu selagi ia tidak MENGASIHI SAUDARANYA sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri.."(HR Bukhari dan Muslim).. Kalau tak percaya lagi, meh kita lihat firman Allah SWT pulak (Mari sama-sama bukak al-Quran!!Ya-Ha)"Sesungguhnya orang-orang MUKMIN itu bersaudara"(QS al-Hujurat49:10). See, Allah menggunakan perkataan MUKMINUN(Orang2 Mukmin)dalam ayat tersebut. Mukminun bermaksud orang2 yg berIMAN!!!!Subhanallah!! Dan kaitan antara firman Allah dgn hadith di atas ialah orang yang berukhuwah adalah orang yang beriman dan orang yang beriman adalah bersaudara!!(jd kita semua bersaudara lah yek??) Tepat sekali, kita semua yang beriman kepada Allah adalah BERSAUDARA!!!!
Hanya orang yg beriman shj dapat merasai nikmat berukhuwah.(ermm, blh bg contoh yg lebih tepat lg tak?)Oh, tak de masalah. Lihat shj contoh ukhuwah yg dilakukan oleh golongan Ansar dan Muhajirin. Rasulullah mempersaudarakan mereka hanya dengan iman, atas dasar satu akidah yg kukuh. Hanya kerana kalimah Syahadah, mereka(gol. Ansar)sanggup menyerahkan segala harta mereka buat saudara baru mereka(gol. Muhajirin)yg baru tiba dari Mekah, dan termasuk sanggup menyerahkan Isteri dan anak2 perempuan mereka untuk dikahwinkan!!!(What, no wayyyy!!) Haa, hebatkan, padahal mereka itu belum mengenali antara satu sama lain. Tetapi atas dasar iman dan akidah yang satu, mereka sanggup menyerahkan segala-galanya!!!!. So, muhasabah diri kita semula, adakah kita sanggup berkorban spt mereka hanya semata-mata untuk kwn seakidah kita??Hah??(ermm...silent...)Haa, tepuk dada, tanyalah Iman kita. Jgn tanya selera kita, tau!!.
Hanya Iman yang mampu melahirkan orang yang cinta kepada Keimanan!!(QS al-Hujurat 49:7)Okey, selamat berukhuwah!!!!